Selamat Datang Jambangan Rimba Spa


"belaian kami membuat anda terlena"



" Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan SPA dan Urutan. Pakej Pengantin dan Pakej Lepas pantang ( Bersalin ) juga kami ada sediakan"

Thursday, July 2, 2009

Info Avokado & resepi "avokado kick"

AVOKADO Nama asalnya ialah aguacte, kemudainnya telah berubah kepada avocado. Lokasi asal penanamannya ialah di kawasan separuh tropika di selatan dan utara Amerika serta di beberapa kawasan di selatan Eropah. Baru-baru ini ia telah berkembang ke Afrika Selatan, Australia Dan New Zealand. Avokada mengandungi pelbagai khasiat iaitu tidak ada lemak tepu, tiada kolesterol, kaya dengan fiber dan vitamin seperti folacin, E, B6, C dan juga mineral. KHASIAT AVOKADO UNTUK WANITA HAMIL.Pelbagai cabaran dihadapi oleh ibu yang hamil. Antaranya ialah kebimbangan untuk memakan makanan yang betul, alahan pada waktu pagi dan risau tidak mempunyai masa untuk menyediakan kelengakapan bagi menyambut kehadiran bayi. Buah avakado adalah jalan penyelesaiannya. Buah ini bolehlah dianggap buah kehidupan kerana ia adalah buah yang mempunyai kandungan sodium, dan bebas kolestrol, serta mengandungi vitamin dan mineral termasuk folate, potassium dan lemak yang sihat untuk jantung.Avokado mengandungi lebih folate daripada buah-buahan yang lain. Folate (bahan semulajadi yang terdapat dalam asid folik) adalah penting untuk kesihatan sel dan tisu janin terutamanya ketika janin itu sedang membesar. Wanita mengandung seharusnya mengambil sebanyak 600-800 microgram sehari untuk melindungi bayi yang sedang dikandung daripada kecacatan akibat kecacatan saluran tiub neural seperti spina bifida.Avokado juga adalah buah yang paling tinggi kandungan potassium di mana ia dapat mengimbangi elektrolit tubuh badan yang sememangnya penting ketika tahap jumlah darah wanita yang mengandung meningkat kepada 50 peratus. Selain itu, potassium dapat membantu aktiviti otot, membantu saraf untuk berfungsi serta meningkatkan kadar metabolisme badan di mana ia dapat membantu bayi dan kanak-kanak membesar.Avokado juga dapat membantu penyakit biasa yang sering menganggu ibu-ibu mengandung iaitu alahan pada waktu pagi. Ia mengandungi sumber penting iaitu vitamin B6 yang dipercayai dapat membantu mengurangkan rasa loya ketika mengandung. Selain mengurangkan rasa loya dan mual, vitamin B6 juga dapat meningkatkan sistem imun, menolong meningkatkan kadar metabolisme tenaga, membantu saraf dorongan, penghantaran dan mensintesiskan darah merah yang amat pentig untuk semua peringakt umur. Selain berkhasiat, avokado juga boleh dijadikan hidangan yang senang untuk disediakan terutamanya untuk ibu-ibu sedang mengandung yang selalunya tiada masa untuk menyediakan makanan berkhasiat. Avokado memang sesuai untuk dijadikan makanan pilihan kerana apabila mahu menyediakannya, ibu hanya perlu mengeluarkan dari kulitnya dan terus memakannya. Selain itu ia juga boleh dijadikan sebagai bahan campuran dalam salad mahupun sup. Ibu-ibu juga seharusnya memberikan avokado yang telah dilenyek sebagai makanan pertama bayi mereka, ia adalah lebih baik daripada memberi makanan mentega kacang ataupun krim keju.Memandangkan begitu banyak khasiat buah avokado, maka kaum ibu seharusnya menjadikan buah ini sebagai buah pilihan utama mereka.

Sumber : Majalah Wanita


"AVOKADO KICK"



Bahan
1 -2 biji buah avokado (ambil isinya saja-potong cube)
susu pekat (manis ikut suka)
sedikit air dan "ice cube"



Caranya :
Masuk isi avokado dalam blender .. masuk susu, ice cube dan air
Blend sampai halus .. lebih kick kalau minum sejuk .. n jika air tidak terlalu pekat ...



* tips : penggunaan susu dapat menghilangkan sedikit bau n rasa avokado

memang best .. Selamat Mencuba ;)

1 komentar:

zue said...

salam..kalau org dlm pantang (bersalin) boleh makan ke?
tq

Post a Comment

Design by Niagawang.com / COPYRIGHT BY NIAGAWANG 2009-2010
"belaian kami membuat anda terlena"
xpresstunai.com